Mahfuz Omar (tengah) melihat sesuatu pada buku sambil diperhatikan oleh Muhammad Faris Ariffin (kir), Zamri Yaakob, Mahfuz Omar. Azulita Salim, dan Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim selepas merasmikan AGM Nafas hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mencadangkan kepada kerajaan supaya menjadikannya sebagai Penyedia Stok Penimbal Sumber Makanan.

Sumber makanan itu termasuk jagung bijian, gandum, soya, bijirin, tepung, beras, gula
dan lain-lain lagi.

Menurut Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob, cadangan itu bagi menyokong Agenda Sekuriti Makanan Negara.

Sehingga kini, Nafas telah pun terlibat dalam menyediakan Stok Penimbal bagi ayam bulat dan keratan sejuk beku.

Cadangan ini merupakan memorandum Nafas pada tahun ini, juga daripada suara akar umbi yang akan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makan untuk diserahkan kepada perdana menteri.

Antara inti pati lain memorandum tersebut ialah Rundingan Pembaharuan Kontrak Pembekalan Baja dan Input Pertanian bagi tahun 2024.

Bercakap selepas menghadiri mesyuarat agung ke-50 Nafas, Zamri berkata, kontrak pembekalan sedia ada akan berakhir pada 31 Disember ini.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang merangkap Ketua
Pendaftar Pertubuhan Peladang, Datuk Azulita Salim dan Pengurus Besar Nafas,
Muhammad Faris Arriffin.

Memorandum tersebut juga cadangan melantik Nafas sebagai Pengedar Tunggal Benih Padi Sah kepada kilang-kilang pengeluar, kemudian pengedaran akan dibuat melalui
Pertubuhan Peladang Kawasan yang dilantik olehnya.

Cadangan ini ujarnya, dapat membantu kerajaan dalam menangani isu di peringkat lapangan.

Zamri berkata, Nafas terus komited dalam memainkan peranan sebagai Solution Partner kepada Kkerajaan dalam menjadi pembekal dan pengedar utama baja padi, racun dan kapur bermutu serta mencukupi untuk dibekalkan dan diedarkan kepada para petani seluruh negara.

Dalam memastikan penambahbaikan dalam usaha pengedaran baja, Nafas telah
melaksanakan Kempen Zero Late Delivery dan Penambahan Stockpile Baja dalam
usaha pembaharuan berterusan serta transformasi perniagaan bagi mengekalkan
pertubuhan itu terus relevan dan berdaya saing. – MalaysiaGazette