Api menjulang-julang di Gaza swlepas dibom Isreal.

GAZA – Bilangan angka kematian di Gaza kini mencecah 18,000 nyawa dan terdiri daripada bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Bercakap pada sidang akhbar, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, 49,229 lain cedera dalam serangan Israel di wilayah yang disekat.

Menurut jurucakap itu, Israel telah melakukan serangan ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza pada Ahad lalu.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, pesawat Israel telah melancarkan beberapa siri serangan sengit di kawasan Khan Younis yang terletak di selatan Haza.

Media Palestin termasuk agensi berita Wafa pula melaporkan tentera Israel melancarkan serangan dan serbuan di seluruh Gaza tengah dengan kematian dilaporkan di Deir el-Balah dan kem pelarian Magazhi.

Tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.-Agensi