Pihak bomba mengeluarkan mayat warga asing di dalam tandas sebuah ladang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

TASEK GELUGOR – Seorang pekerja ladang ditemui mati dalam sebuah tandas berkunci dalam kejadian di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Ara Kuda, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung seorang lelaki terperangkap dalam tandas pada jam 8.30 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati lelaki warga asing berusia 40-an terperangkap di dalam tandas ladang berkenaan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dalam tandas berkenaan.

“Kemudian kita bertindak membuka pintu tandas dengan menggunakan peralatan khas sebelum menemui mangsa dalam keadaan tertiarap.

“Susulan itu, pegawai perubatan melakukan pemeriksaan di lokasi sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast