V. Sivakumar.

KUALA LUMPUR – V. Sivakumar digugurkan dari senarai Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan dalam rombakan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebelum itu menjawat jawatan Menteri Sumber Manusia dan tempatnya digantikan oleh Steven Sim.

Seorang lagi yang digugurkan adalah Ramkarpal Singah yang sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang); dan Datuk Siti Aminah Aching yang merupakan Timbalan Menteri Peladangan dan Komoditi. – MalaysiaGazette