Monday, June 17, 2024
Home Seni Hidup Masjid Nabawi yang sangat tenang – Angeline Tan

Masjid Nabawi yang sangat tenang – Angeline Tan

Foto Instagram Angeline Tan.
KUALA LUMPUR – Pelakon, Angeline Tan berkongsi pengalaman indah sebaik menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Kota Madinah.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan kini berada di Kota Madinah bersama suami tercinta, Sabri Yunus selepas berlepas ke sana pada awal pagi Ahad lalu.
“Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 56 tahun itu berkesempatan menunaikan solat Subuh dan jenazah di Masjid Nabawi.
Malah dalam perkongsian berlainan, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berjanji akan cuba membaca segala doa yang dikirimkan kepadanya.
Foto Instagram Angeline Tan.
“Ramai yang kirim doa pada saya. Keluarga, kawan-kawan, sahabat artis, kru produksi yang sama-sama berjuang, kawan-kawan dalam Instagram dan ramai lagi.
“Saya janji, saya akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah… Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.
“Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan saya,” kongsinya.
Pada 14 Oktober lalu pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992.
Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy. – MalaysiaGazette