Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa pada jam 5.30 petang tadi dan dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

ROMPIN – Pasukan penyelamat menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki, Rizq Ramadhina Jamaluddin, 5, terapung kira-kira empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh pada 5.30 petang tadi di Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd Azahari Muhktar, mangsa dikatakan terjatuh ketika di sebatang sungai di kawasan perumahan Simpang Sepayang, Kuala Rompin pada Isnin lalu ketika memancing bersama tiga adik beradiknya berhampiran rumah mereka.

”Operasi SAR pada Rabu disertai 116 anggota pelbagai agensi termasuk, polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Polis Marin.

“Turut membantu anggota dari Jabatan Perikanan, sukarelawan Jabatan Amal Rompin, Kelab Bencana Rompin, NGO dan penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Difahamkan sebanyak 19 bot digunakan dalam operasi itu selain bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

Azahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast