Pengerusi MAIWP, Tan Seri Dr. Mohd Daud Bakar bergambar bersama pengamal media yang hadir pada Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP bersama Media di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 60 pengamal media dari pelbagai agensi diraikan dalam satu Majlis Apresisasi dan Ramah Mesra Media anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di ibu negara malam tadi.

Majlis dihadiri Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya.

Dalam ucapannya, Mohd Daud menganggap media merupakan pemegang taruh kedua dalam MAIWP selepas pembayar zakat kerana peranannya  sangat penting dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai berkenaan fungsi dan sumbangan agensi kerajaan itu khususnya bagi membantu golongan sasar terutamanya asnaf.

Katanya, media diperlukan bukan untuk menyebar luaskan apa yang dibuat oleh kakitangan MAIWP tetapi mahu agar masyarakat tahu tentang tanggungjawab yang digalas oleh agensi di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu.

Pengerusi MAIWP, Tan Seri Dr. Mohd Daud Bakar menyerahkan sijil penghargaan media kepada Pengarang Berita Malaysia Gazette, Radzuan Hassan pada Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP bersama Media di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 DISEMBER 2023.

Beliau turut berterima kasih kepada pengawal media yang selama ini selama ini memberi sokongan padu dengan menguar-uarkan kepada orang ramai berkenaan aktiviti-aktiviti MAIWP.

Pada majlis itu wakil-wakil agensi media menerima sijil dan plak sebagai tanda penghargaan MAIWP menjadikan media rakan strategik untuk berkolabrasi pada setiap masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast