Tular gambar di media sosial semalam satu papan iklan (billboard) coretan seorang wanita dipercayai memberi amaran kepada suaminya.

KUALA LUMPUR – Sampai guna billboard!

Tular gambar di media sosial semalam satu papan iklan (billboard) coretan seorang wanita dipercayai memberi amaran kepada suaminya.

Menurut sosial media, papan iklan itu dipercayai di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.

Tulisan itu dipercayai amaran seorang isteri kepada suaminya yang kantoi bertemu dengan wanita lain.

Berdasarkan gambar tular, tulisan pada papan iklan itu; Hi Ke*in T+oh Che* S*ng. Caught you at Jerry Coworking Space TTDI! All on video.Choose a windowless room next time.

Don’t call me! My lawyers will call you.

Your (soon to be ex) wife. Sh*n Yi.

Sudah tentu hantaran tular itu menimbulkan reaksi pelbagai daripada netizen.

Rohana Bakar seperti contoh menulis; This is Malaysia. Bukan biasa-biasa dia punya announce.

Menurut Hazwany Abdul Munir pula; “You go girl..hahahahha.

Begitu juga Nur Hafira yang menulis; “Lain macam level dia’.

Bagaimanapun kesahihan mengenai perkataan pada papan iklan itu masih belum dapat ditentukan. – MalaysiaGazette