Pegawai polis, Mohd Nazri Abdul Razak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin, atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember lalu. Foto : BERNAMA

IPOH – Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember lalu.

Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang hadir memakai baju T putih dan berseluar hitam bersama sehelai kain penutup kepala mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, di sini, pada jam antara 12.05 hingga 12.40 tengah hari, Jumaat lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun, atau dikenakan 12 sebatan.

Majistret menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan dan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan lapan Timbalan Pendakwa Raya iaitu yang diketuai Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha AP Jora Singh serta Low Qin Hui.

Sementara tertuduh diwakili peguam, Loi Yap Loong.

pegawai polis bunuh pelajar calon SPM Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie taman jati pegawai polis bunuh pelajar calon SPM Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie taman jati pegawai polis bunuh pelajar calon SPM Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie taman jati
Pegawai polis, Mohd Nazri Abdul Razak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin, atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember lalu.
Foto : BERNAMA

Terdahulu, beberapa ahli keluarga Zaharif Affendi hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh seawal jam 8 pagi antaranya, ayah saudara mangsa, Abdul Razak b Judin, 48, serta abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29.

Turut kelihatan lebih 15 rakan mangsa turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada keluarga Allahyarham.

Pendakwaan bermula pada jam 9 pagi, dan berakhir kira-kira lima minit kemudian sebelum tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah ditutup muka dan kepala dengan berwarna kain biru gelap, serta dikawal ketat sepasukan pihak polis.

Ketika pendakwaan dilakukan, Zarul Fitri kelihatan mengesat air mata dipercayai menahan sebak.

Media sebelum ini melaporkan, Zaharif Affendi yang menunggang motosikal jenis Yamaha maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga pegawai kanan polis berusia 44 tahun. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

https://malaysiagazette.com/2023/12/17/pegawai-polis-langgar-mati-pelajar-spm-berdepan-pertuduhan-membunuh-esok/