Seorang wanita Palestin duduk bersama anak-anaknya di sekeliling api, di Khan Younis. foto Vatican News

RAMALLAH – Perkhidmatan telekomunikasi kembali beroperasi di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari.

Syarikat telekomunikasi Jawwal dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan telefon dan internet dipulihkan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

“Juruteknik kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan perkhidmatan ke semua kawasan di Semenanjung Gaza,” ujarnya.

Sementara itu, syarikat telekomunikasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas terputus sejak Khamis lalu.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza sebagai pembalasan terhadap serangan Hamas, menyebabkan sekurang-kurangnya 18,800 rakyat Palestin terbunuh serta 51,000 yang lain cedera.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan pinggir laut, serangan itu membabitkan kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast