NEW YORK- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan untuk menangguhkan undian draf resolusi bagi menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza kepada Selasa.
Agensi berita Anadolu yang memetik sumber PBB melaporkan, keputusan itu terpaksa diambil berikutan negara-negara anggota gagal mencapai persetujuan terhadap draf resolusi itu yang sepatutnya melalui proses undian pada lewat hari Isnin.
Teks yang didraf oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi mengulangi bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik tersebut perlu mematuhi tanggung jawab mereka mengikut undang-undang antarabangsa.
Ia juga meminta supaya mekanisme pemantauan PBB dilaksanakan segera.
Draf itu juga meminta supaya kesemua tebusan dibebaskan segera tanpa syarat.
Ia juga mengecam semua pelanggaran undang-undang kemanusian antarabangsa termasuk serangan terhadap orang awam.
Gesaan terhadap gencatan senjata itu adalah bagi membolehkan akses bantuan kemanusian dapat disalurkan kepada penduduk Gaza dengan segera.- Agensi