Sebagai permulaan hanya satu jenis selipar diperkenalkan iaitu The Original Series dan dijual pada harga berpatutan bermula RM15.90.

KUALA LUMPUR – Gripp Marketing Sdn. Bhd., syarikat pengeluar selipar getah jenama Gripp kini menawar selipar percuma sebanyak 3,500 pasang bermula 30 Disember ini sehingga 5 Januari 2024.

Pengasasnya, Jack Lim berkata, tawaran tersebut merupakan strategi bagi memberi peluang kepada pengguna terawal untuk mencuba kualiti produk itu yang baru berada dalam pasaran.

Menurut beliau, Gripp tampil mengetengahkan konsep baharu penggayaan selipar berkonsepkan streetwear atau pakaian jalanan dan sesuai digayakan dengan semua jenis pakaian.

“Sebagai permulaan hanya satu jenis selipar diperkenalkan iaitu The Original Series dan dijual pada harga berpatutan bermula RM15.90.

“Selipar ini adalah unisex di mana ia sesuai digayakan oleh wanita atau pun lelaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim sebelum ini dikenali pengasas jenama selipar getah yang popular di Malaysia menerusi jenama Fipper.

Menerusi jenama selipar dikenali Cap Gajah, beliau telah berjaya melahirkan ramai usahawan bukan sahaja di seluruh negara bahkan meluaskan pasaran di luar negara.

Pengasas Gripp, Jack Lim.

Mengulas lanjut, Lim menambah, Gripp menyasarkan sasaran pelanggan yang berbeza berbanding jenama sebelum ini dengan memilih potensi pelanggan di kalangan golongan muda yang kreatif, berdaya saing dan bijak bergaya mengikut peredaran semasa.

Menurut beliau, ini kerana produk baharu itu mempunyai reka bentuk yang berbeza dan warna yang lebih menarik.

“Imej baru selipar getah ini bakal menjadi fenomena baru selepas tiada lagi jenama lain yang berjaya mendapat tempat dan bualan hangat golongan muda masa kini.

“Produk ini cukup selesa untuk kegunaan di rumah dan juga sesuai untuk beriadah dan melakukan aktiviti harian,” katanya yang mempunyai pengalaman dalam inovasi selipar getah selama lebih 15 tahun.

Lim memberitahu, tahun 2024 dijangka akan lebih mencabar terutama sekali dari segi ekonomi dan syarikat berharap kehadiran jenama Gripp di pasaran juga merupakan waktu yang terbaik.

Ini kerana jelas beliau orang ramai kini berpeluang untuk mendaftar sebagai peniaga produk GriPP bagi menjana pendapatan sampingan.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapat selipar percuma Gripp, boleh layari laman sesawang rasmi Gripp dan mengikuti laman sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Selainitu, produk itu juga boleh didapati di Shopee dan Lazada. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast