Pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Republik Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-130 dunia selepas kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Kedudukan ke-130 dunia yang sama seperti kemas kini terakhir pada 30 November lalu disebabkan tiada perlawanan diharungi skuad kebangsaan bagi tempoh terbabit.

Berdasarkan kemas kini seterusnya adalah pada 15 Februari ini, skuad bimbingan Kim Pan Gon berpeluang untuk memperbaiki lagi ranking selepas terbabit dalam saingan Piala Asia 2023, bulan depan.

Sebelum ini, skuad kebangsaan mendaki tujuh anak tangga untuk menghuni ranking ke-130 selepas jatuh ke tangga 137 dunia pada kemas kini pada Oktober lalu.

Kenaikan ranking itu disumbangkan oleh kejayaan skuad kendalian Pan Gon yang merekodkan kemenangan dalam dua aksi awal Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan lalu.

Ia adalah ranking terbaik Harimau Malaya dalam tempoh 17 tahun selepas pernah menduduki tangga 124 pada 2006 dan menerusi semakan di laman sesawang FIFA, ranking tertinggi negara adalah 75 yang dilakar pada 1993.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast