Akibat kejadian tersebut, pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu ketika itu tidak dapat membayangkan perasaannya yang bercampur ketika di udara kerana situasi terbabit mendebarkan.
“Pengalaman menakutkan. Cubaan mendarat dilakukan juruterbang sebanyak tiga kali. Berpusing-pusing kapal (terbang). Semua perasaan ada. Nak menangis ada, nak muntah ada, nak buang air ada… yang pasti amat menakutkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Noraini menambah, pesawat berkenaan akhirnya terpaksa berpusing semula ke LTSAAS kerana kehabisan bahan api.
“Tak pernah (saya) lalui pengalaman menakutkan seperti ini.
“Terima kasih Allah beri peluang (kepada saya) untuk terus berbakti,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tentang punca pesawat terbabit tidak dapat mendarat sama ada faktor cuaca, masalah teknikal atau masalah lain. – MalaysiaGazette
azette