KUANTAN – Perkembangan banjir di Pahang menunjukan penurunan apabila hanya empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir beroperasi setakat ini.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan banjir Pahang, empat PPS masih dibuka masing-masing di Lipis, Raub, Jerantut dan  Kuantan.

Jumlah tersebut menunjukan penurunan berbanding 349 mangsa di lapan buah PPS pukul 8 pagi tadi.

“Jumlah mangsa banjir terkini ialah 125 mangsa yang ditempatkan di PPS membabitkan 34 keluarga, ” katanya dalam satu Kenyatta.

Seramai 51 mangsa di Raub, Kuantan (47), Jerantut (18) Dan Lipis (9).

Sementara itu, paras sembilan air sungai di Pahang berada pada sekala bahaya daripada paras air normal.

Manakala ramalan cuaca masih meramalkan hujan dan ribut petir di berapa buah tempah d seluruh daerah pada hari ini dan esok. -MalaysiaGazette