KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport sebanyak RM122.1 bilion danimport bernilai RM109.7 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia pada November 2023 bernilai RM122.1 bilion, menurun sebanyak RM7.6 bilion (-5.9%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM5.4 bilion), Selangor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.6 bilion), Terengganu (-RM869.1 juta), Melaka (-RM755.1 juta), Labuan (-RM704.8 juta), Pahang (-RM308.0 juta), Negeri Sembilan (-RM164.2 juta), Perlis (-RM29.9 juta) dan Kuala Lumpur
(-RM 9.9 juta).
Walau bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Johor sebanyak RM3.0 bilion, Kedah (+RM929.2 juta), Perak (+RM540.8 juta), Sabah (+RM472.3 juta) dan Kelantan (+RM18.6 juta).
Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.0 peratus, diikuti oleh Johor (22.6%), Selangor (16.9%), Sarawak (8.3%) dan Kuala Lumpur (5.7%).
Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir berkata, import pada bulan November 2023 meningkat RM1.8 bilion (+1.7%) berbanding bulan yang sama pada 2022.
Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Kuala Lumpur (+RM2.7 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.4 bilion), Pahang (+RM1.1 bilion), Sabah (+RM514.3 juta), Selangor (+RM492.7 juta), Johor (+RM197.1 juta), Melaka (+RM114.4 juta) dan Terengganu (+RM109.4 juta).
Bagaimanapun, nilai import jatuh di Pulau Pinang sebanyak RM3.9 bilion, Labuan (-RM280.2 juta), Kedah (-RM78.8 juta), Sarawak (-RM60.9 juta), Kelantan (-RM43.0 juta), Perak (-RM15.9 juta) dan Perlis (-RM6.2 juta).
Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 26.5 peratus, diikuti oleh Johor (20.6%), Pulau Pinang (20.4%), W.P. Kuala Lumpur (9.4%) dan Kedah (5.6%). – MalaysiaGazette