Seorang wanita Palestin meratapi kematian anaknya.

GAZA CITY – Israel telah membunuh 8,800 kanak-kanak dan 6,300 wanita dalam tempoh 82 hari sejak serangan ke atas Gaza bermula 7 Oktober.

Menurut pejabat media Gaza jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak permulaan perang telah mencecah 21,110 nyawa.

“Selama 82 hari tentera Israel melakukan 1,779 pembunuhan beramai-ramai, mengakibatkan 28,110 syahid dan individu hilang,” tambahnya seperti yang dilaporkan Agensi Anadolu.

Sementara itu Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan dan Persatuan Banduan Palestin memberitahu, tentera Israel pada Rabu menahan 12 lagi rakyat Palestin dari pelbagai kawasan di Tebing Barat yang diduduki.

Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan oleh tentera Israel sejak 7 Oktober kepada 4,795 orang.

Askar Israel dilaporkan memukul dan mendera rakyat Palestin yang ditahan serta merosakkan rumah dan harta benda mereka yang lain.

Angka itu tidak termasuk penangkapan Israel terhadap rakyat Palestin dari Gaza, yang jumlahnya tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 311 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat sejak 7 Oktober, dengan lebih 3,300 yang lain cedera.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast