Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang piala selepas menewaskan Terengganu FC yang berkesudahan 3- 1 pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesakan akan melakukan satu proses transformasi melibatkan aspek penstrukturan perbelanjaan pasukan tersebut.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, beliau memberikan isyarat jelas bakal terdapat pengurangan dalam perbelanjaan pasukan pada musim 2024/25.

“Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.

“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40 peratus untuk membolehkan proses tersebut. Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami.
“Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025.
“Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab,” ujar  Edwards di Facebook Johor Southern Tigers di suni.
Beliau menambah, langkah penting perlu diambil sekali gus secara tidak langsung menjawab spekulasi di media sosial mengatakan pemain-pemain yang sering memanaskan bangku simpanan serta kurang mendapat minit permainan akan dilepaskan oleh skuad juara 10 kali berturut-turut saingan Liga Super tersebut.
Pemain seperti Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Haziq Nadzli, Mohamadou Sumareh, Adam Norazlin, Syameer Kutty Abba dikatakan merupakan antara nama yang bakal meninggalkan pasukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast