Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan, yang kritikal di hospital London.

“Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia,” katanya.

Fahmi turut mendoakan semoga keluarga Allahyarhamah Fiza tabah dengan ujian yang berat ini.

Fiza, 40, sebelum ini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas tidak sedarkan diri sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin, untuk balik ke Malaysia selepas bercuti bersama keluarganya. – MalaysiaGazette