KATHMANDU – Nahas pesawat di Nepal yang mengorbankan 72 orang, termasuk dua bayi, kemungkinan besar berlaku disebabkan juruterbangnya tersilap memotong bekalan elektrik, kata laporan penyiasat yang dilantik kerajaan.
Kejadian itu menyebabkan pesawat berkenaan kepada “hilang kawalan aerodinamik’.
Penerbangan Yeti Airlines itu terbang dari ibu kota Kathmandu ke bandar pelancongan Pokhara pada 15 Januari.
Ia adalah nahas pesawat paling maut di negara ini dalam tempoh 30 tahun.
Pesawat ATR 72 yang membuat penerbangan pada 15 Januari lalu, merupakan sektor ketiga pada hari itu, berulang-alik antara Kathmandu dan Pokhara.
Pesawat milik persendirian itu terhempas di gaung Sungai Seti hanya 1.5 kilometer (0.9 batu) dari lapangan terbang, menyebabkan operasi menyelamat yang melibatkan ratusan askar Nepal.
“Disebabkan momentumnya, pesawat itu terbang sehingga 49 saat sebelum jatuh ke tanah,” kata jurutera aeronautik Dipak Prasad Bastola.
Berikutan kedua-dua kipas enjin tidak berfungsi, krew penerbangan gagal mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan pembetulan walaupun Panel Pemberitahuan Kru sudah memberi amaran,” kata laporan itu.
Laporan itu juga menyenaraikan kekurangan latihan berasaskan teknikal dan kemahiran yang sesuai, beban kerja dan tekanan yang tinggi, dan ketidakpatuhan prosedur operasi standard sebagai faktor penyumbang kepada kemalangan.
Ia menambah, pesawat itu telah diselenggara dengan baik, tidak mempunyai sebarang kecacatan yang diketahui dan kru kokpit telah memenuhi syarat mengikut peraturan- peraturan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal.
Lebih sedozen penyiasat dari Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Singapura terlibat dalam siasatan itu.
Nahas itu mengorbankan kesemua 72 orang penumpang dan kru.- Agensi