Rodney Celvin. Foto Facebook Kuching City.

KUALA LUMPUR – Bekas bek tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak untuk mewakili Kuching City FC pada Liga Super musim depan.

The Cats mengumumkan pemain berusia 27 tahun itu menerusi video berkonsepkan permainan video EAFC 24.

“Selamat kembali Bonai (nama panggilan Rodney)! Bonai (ialah pemain) Kuching City,” kata kelab dalam satu kenyataan di media sosialnya di sini.

Sepanjang bersama Kedah selama tiga musim, Rodney sudah merekodkan 51 penampilan dan satu gol.

Bagaimanapun, keinginannya kembali ke Sarawak dan isu kewangan yang membelenggu Sang Kenari mendorong kedua-dua pihak menamatkan kontrak secara persetujuan bersama pada akhir Oktober lalu.

Kehadiran Rodney dijangka memperkuat barisan pertahanan Kuching City untuk musim hadapan selepas mereka melepaskan 51 gol musim ini.

Perpindahan Rodney itu menyaksikan dia kembali bergabung bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin Sahak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast