Noraini menerima surat pelantikan sebagai Datuk Bandar Klang daripada Haris di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini. Foto: Facebook Pejabat SUK

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Klang berkuat kuasa hari ini.

Penyerahan surat pelantikan dan amanat disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” maklum Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerusi hantaran di Facebook.

Noraini pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Beliau juga pernah menyandang jawatan yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor yang kini berstatus perbandaran dari 2011 hingga 2017.

Pemegang Sarjana Perancangan Wilayah dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat itu juga pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan perancangan bandar di MPK dari 1989 hingga 2010 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dari 2010 hingga 2011. – MalaysiaGazette