Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan motif Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop membangkitkan isu Langkah Dubai.

Menurut beliau, seperti yang dinyatakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, Langkah Dubai adalah cerita ‘paloi’ (kurang cerdik).

Mohd Puad memberitahu, adalah lebih sesuai J-KOM menumpukan naratif ‘kerajaan tebuk atap’ yang dianggap sebagai satu musibah dan tidak akan tercapai.

“Imej J-Kom semakin merudum setelah isu ‘A & W’. Analisis Ismail Yusop itu cetek.

“Ia mengakibatkan kerajaan pula jadi defensif kerana beberapa nama dalam kerajaan disebut,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau berpandangan, J-KOM wajar dirombak dan dijenamakan semula secara menyeluruh serta dipimpin oleh mereka yang kompeten.

Minggu lalu, Ismail membangkitkan desas-desus mengenai Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain pemimpin pembangkang, Langkah Dubai didakwa turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh bergelar Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dituduh menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Anwar. – MalaysiaGazette