Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat pengeboman di kawasan perkuburan di bandar Kerman, Iran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 nyawa dan ratusan orang lagi cedera.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman tersebut dan tegas menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan dalam semua bentuk serta menyeru agar mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini, serta kepada kerajaan dan rakyat Iran. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar Negeri berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Rakyat Malaysia di Iran, khususnya yang berada di bandar Kerman, dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa, mengambil langkah berjaga-jaga, dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk sebarang bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran boleh dihubungi di butiran berikut:
Consulate/Embassy
Alamat : No.25, 2nd Alley,
North Zarafshan St.,
Shahrak-e-Gharb
No. Telefon : +98 21 880724444
+98 21 88078606
Emel : [email protected]
[email protected]

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast