16 gerai penjaja di Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran hari ini.

GEORGE TOWN – Sederet 16 gerai penjaja berusia 30 tahun musnah dalam kebakaran di Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.32 pagi.

Katanya, kerja memadam kebakaran membabitkan pasukan dari BBP Jalan Perak, BBP Paya Terubong dan BBP Lebuh Pantai serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat.

“Sebaik tiba, kita dapati berlaku kebakaran membabitkan sebanyak 16 gerai penjaja.

“Api berjaya dikawal pada jam 6.15 pagi dan api padam sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian.

“Hampir 80 peratus gerai tersebut musnah dalam kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya, hari ini.

Tambah A’azelan, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran gas di salah sebuah gerai.

“Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast