Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai orang bodoh yang khayal

Ia susulan kenyataan Syed Abu Hussin yang mendakwa terdapat lapan Ahli Parlimen pembangkang akan mengatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lelaki ini (Syed Abu Hussin Hafiz) adalah orang bodoh yang khayal,” katanya ringkas.

Dalam kenyataan hari ini, Syed Abu Hussin mendakwa, lapan ahli Parlimen pembangkang itu menunggu Parlimen bersidang pada 28 Februari ini untuk berbuat demikian.

Tahun lalu, lima Ahli Parlimen daripada pembangkang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – MalaysiaGazette