Keadaan pusat servis Proton yang musnah di jilat api dalam kejadian di Jalan Segambut Selatan, Taman Segambut di sini pagi tadi. Gambar:Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat servis kenderaan Proton musnah dijilat api dalam kejadian di Jalan Segambut Selatan, Taman Segambut, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pukul 8.08 pagi.

Katanya, seramai 27 pegawai dan anggota dari tiga buah balai di hantar untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 8.16 minit, bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kilang menempatkan pusat servis kenderaan Proton.

“Kebakaran yang berkeluasan 50 x 50 kaki persegi itu memusnahkan bilik penyimpanan alat ganti ditingkat satu serta bilik fail yang berada di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, sebanyak lapan buah kereta di dalam bangunan berkenaan turut musnah 70 peratus.

Bagaimapun katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast