Wanita hamil terperangkap di rumah akibat banjir di Muadzam Shah diselamatkan anggota bomba. Gambar : Bomba Pahang

KUANTAN – Seorang ibu mengandung berdepan detik cemas apabila terperangkap di rumahnya yang telah dinaiki air di Kampung Kaya, Muadzam Shah dekat sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 7.20 pagi tadi.

Katanya, disebabkan kawasan terbabit telah digenangi air, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk tiba di rumah mangsa.

“Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba dengan menggunakan bot fiber terus membuat operasi pemindahan mangsa daripada rumahnya untuk dibawa ke Hospital Muadzam Shah,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Zulfadli, mangsa dibawa keluar melalui Kampung Sawah Batu dan diserahkan kepad pihak Klinik Dewa Kampung Sawah Batu untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast