Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$113.5 bilion pada 29 Disember 2023 berbanding AS$112.8 bilion pada 15 Disember 2023.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia.

Katanya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette