Rosyam Nor

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Rosyam Nor yang menyuarakan pendapatnya yang rumah pelacuran penting dalam negara ini mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Menerusi satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di akaun Tiktoknya, pelakon itu berkata, lebih kurang tiga juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya kaum lelaki.

“Bini (pekerja asing ini) semua tinggal, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? Dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

‘Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul. Itu pandangan saya peribadi tapi kamu fikir sendirilah mungkin aku salah atau mungkin aku betul,” katanya.

Bagaimanapun rata-rata netizen menolak pandangan Rosyam.

Ada yang berpendirian pekerja asing tidak wajar diberikan ruang sedemikian.

Ada juga yang menegaskan, hukum agama yang jelas menetapkan perbuatan berkenaan haram.

“Astaghfirullah. Pandangan yang sangat menyedihkan dan mengecewakan. Penghujung kita adalah akhirat,” komen yb.channel.

“Matlamat tidak menghalalkan cara. Kena cari solusi lain yang lebih baik. Sama-sama main peranan,” kata Eones Blues.

“Dia cakap mungkin dia salah mungkin dia betul. Dan ternyata dia memang salah,” kata Seh Amein.

Menjengah ke ruangan komen, banyak pandangan dan kecaman dilontarkan terhadap pelakon tersebut. – MalaysiaGazette