Tentera pejuang Hamas. Gambar hiasan

GAZA – Kumpulan Hamas mendakwa ia telah menggagalkan percubaan Israel untuk membebaskan seorang tebusan di bandar ini.

Dalam satu kenyataan, sayap bersenjata kumpulan itu berkata, tentera Israel telah menyelinap masuk ke sebuah tempat di kem pelarian Bureij untuk membebaskan seorang tebusannya.

Namun, usaha tentera itu berakhir dengan kematian dalam kalangan askarnya.

Setakat ini Israel belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

Hamas dipercayai menahan hampir 136 tebusan Israel di wilayah yang disekat berikutan serangan rentas sempadannya pada 7 Oktober lalu.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas wilayah berkenaan sejak 7 Oktober lalu, mengoerbankan sekurang-kurangnya 23,084 rakyat Palestin dan mencederakan 58,926 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Serangan Israel telah menyebabkan Gaza hancur, dengan 60% infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – Agensi