Kapal pengangkut disyaki bersauh tanpa kebenaran telah ditahan bagi siasatan lanjut. Foto Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal pengangkut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 15 batu nautika barat Kuala Muda, Kedah semalam.

Kapal yang berdaftar atas nama MV Stellar Enguri itu dari Liberia ditahan bot ronda APMM Zon Maritim Kuala Kedah sekitar  pukul 5.45 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, penahanan dibuat hasil pengesanan melalui Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 491 B (1) (I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan, kapal terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100, 000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan kapal yang disyaki bersauh tanpa kebenaran disiasat pihak berkuasa. Foto Maritim Malaysia

Tambah Noor Azreyanti, APMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon APMM bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

“Orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-731 0579.” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast