Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Taman Putra Damai, Lembah Subang, dekat sini, pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi mendapati mangsa yang berusia 42 tahun telah terjatuh dari tingkat atas bangunan ke atas tanah di belakang rumah penduduk.

“Susulan kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibeberapa bahagian badan.

“Kertas siasatan kertas siasatan mati mengejut (SDR) telah dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai menyalurnya menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mazli Jusoh @ Che Kob di talian 010-8073939, Balai Polis Kelana Jaya di talian 03-78062222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau balai polis. – MalaysiaGazette