Zulkiflee Nazir

BERA – Seorang wanita yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui maut di dalam bilik air di Triang, hari ini,

Ketua Polis Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa yang berusia 30 an ditemui oleh orang awam dalam keadaaan berlumuran darah bersama sekeping catatan nota.

Tambah beliau, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut selepas menerima aduan pada jam 8.50 pagi.

”Hasil pepemeriksaan terdapat kecederaan pada bahagian leher dan pergelangan tangan si mati dipercayai akibat senjata tajam.

”Turut dijumpai di tempat kejadian adalah sebilah pisau berukuran lebih kurang 30 cm dan nota tulisan tangan yang dipercayai telah ditulis oleh si mati.

”Setakat ini tiada sebarang kesan pecah masuk atau lain-lain keterangan yang menjurus kepada elemen perbuatan jenayah ditemui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Zulkiflee, berdasarkan keterangan keluarga terdekat, si magi dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak sebulan lalu dan dalam proses rawatan secara tradisional.

Pihak Forensik PDRM IPK Pahang bersama Pakar Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) turut ke lokasi kejadian dalam membantu siasatan di tempat kejadian, ujarnya.

Zulkiflee berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette