Penduduk kampung menunjukkan fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan melekat pada batu-batuan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar di Kampung Changkat Tualang, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 JANUARI 2024.

KAMPAR – Penemuan fosil karang purba pelbagai spesies yang dianggarkan berusia sekitar 300 juta tahun di Kampung Changkat Tualang di sini merupakan khazanah tidak ternilai serta berpotensi menjadi lokasi pelancongan terbaharu di Perak.

Kawasan bekas lombong bijih timah seluas 6.9 hektar itu menjadi tempat rekreasi khususnya penduduk kampung dan orang luar bagi menjalankan aktiviti berkayak dan memancing sejak tiga tahun lalu.

Salah seorang penduduk, Mohd Azwa Shahrom, 50, berkata, fosil itu mula dikenal pasti melalui kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi (GEONAT) di kawasan tersebut.

Penemuan fosil: Mampu jadi lokasi pelancongan baharu di Perak
Penduduk kampung menunjukkan fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan melekat pada batu-batuan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar di Kampung Changkat Tualang, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 JANUARI 2024.

Menurutnya, pada tahun 2008, kawasan itu pernah digazetkan untuk dijadikan kuari tetapi penduduk kampung membantah.

“Apabila kami dimaklumkan mengenai penemuan fosil ini, kami rasa seronok dan bangga. Jadi, kami sebagai wakil komuniti bertindak memantau aktiviti keluar masuk orang ramai ke kawasan ini.

“Kami juga menyediakan borang khas untuk pengunjung yang ingin masuk ke sini sejak tahun lalu bagi memastikan kawasan bekas lombong ini terpelihara,” katanya.

Mohd Azwa berkata demikian ketika ditemui di lokasi penemuan fosil berkenaan hari ini.

Penemuan fosil: Mampu jadi lokasi pelancongan baharu di Perak
Penemuan fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan melekat pada batu-batuan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar di Kampung Changkat Tualang, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 JANUARI 2024.

Dalam perkembangan sama, Ketua Komuniti Madani Kampung Changkat Tualang, Ahmad Kazimi Ibrahim, 24, pula berkata, terdapat penduduk kampung yang terkejut dengan perkhabaran mengenai penemuan fosil tersebut.

Bagaimanapun, katanya, penemuan itu memberi impak yang positif terutamanya daripada segi pembangunan di kawasan berkenaan.

“Daripada segi penyelidikan pula, saya lihat sangat baik kerana ia akan menjadi lokasi tumpuan para penyelidik dan peminat khazanah negara.

Penemuan fosil: Mampu jadi lokasi pelancongan baharu di Perak
Penemuan fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan melekat pada batu-batuan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar di Kampung Changkat Tualang, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 JANUARI 2024.

“Selepas penemuan fosil ini, mungkin kami akan mengehadkan kemasukan orang luar supaya khazanah tersebut dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Alternatif Sosial Masyarakat Kampar, Ahmad Syahid Ibrahim, 30, berharap jika kawasan ini diwartakan menjadi tempat pelancongan ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung.

“Kampung ini secara tidak langsung menjadi popular selepas penemuan fosil tersebut. Kampung ini juga bukan lagi kampung ‘biasa-biasa’ tetapi akan tersebar luas kepada orang di luar sana,” ujarnya.

Penemuan fosil: Mampu jadi lokasi pelancongan baharu di Perak
Penduduk kampung menunjukkan fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan melekat pada batu-batuan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar di Kampung Changkat Tualang, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 JANUARI 2024.

Sebelum ini, media melaporkan, Naib Pengerusi GEONAT, Mohd Fadly Md Noor berkata, pihaknya menjelajah kawasan tersebut selepas melakukan rujukan daripada jurnal lama termasuk rekod pengkaji lama.

Menurutnya, lebih tiga atau empat jenis fosil daripada kelas Gastropod, Rugosa, Crinoid dan satu lagi fosil karang yang ditemukan.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan, kerajaan negeri akan menyerahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk tindakan selanjut berkenaan penemuan fosil tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung penemuan berkenaan. – MalaysiaGazette