KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus mencatatkan jualan bersih ekuiti di Bursa Malaysia berjumlah RM66.3 juta minggu lepas, iaitu 28.8% lebih rendah daripada minggu sebelumnya.

Ini disebabkan jualan bersih pada hari Rabu dan Khamis masing-masing sebanyak RM39 juta dan RM190 juta, kata MIDF Research.

Walau bagaimanapun, hari belian bersih mengatasi jualan bersih sebanyak 3 kepada 2.

Manakala mereka menjadi pembeli bersih RM15.8 juta pada hari Isnin, RM93.7 juta (Selasa) dan RM53.3 juta (Jumaat).

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM135.1 juta), pembinaan (RM114.6 juta), dan hartanah (RM51.2 juta), manakala tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (- RM129.2 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM64.8 juta), dan produk & perkhidmatan perindustrian (RM61.8 juta).

Firma penyelidikan itu berkata, institusi pelabur tempatan meneruskan belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut, pada jumlah RM214.7 juta, lebih dua kali ganda jumlah yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Mereka menjadi pembeli bersih sebanyak RM36.7 juta pada hari Isnin, RM38.4 juta (Rabu) dan RM222.1 juta (Khamis) dan penjual bersih pada hari Selasa dan Jumaat masing-masing sebanyak RM67.3 juta dan Jumaat RM15.2 juta.

Dalam pada itu, pelabur runcit tempatan menjadi penjual bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM148.4 juta.

Mereka menjadi penjual setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Rabu apabila membeli RM0.7 juta ekuiti tempatan.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) di kalangan pelabur asing sebanyak +1.9% manakala pelabur runcit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak -4.6% dan -4.0%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast