Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di rantau sempadan Kyrgyzstan dan Xinjiang, China pada jam 2.09 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi di bandar Aykol berhampiran sempadan antara Kyrgyzstan, terletak 41.3° utara dan 78.7° timur dengan kedalaman 78 kilometer.

Dalam pada itu agensi Amerika Syarikat berkata, gegaran itu turut dirasai di seluruh republik Asia Tengah Kyrgyzstan, Kazakhstan, dan Tajikistan.

Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini. – MalaysiaGazette