Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa yang berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas premis berkenaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. Sebanyak 16 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak pemilik kedai motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

“Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.17 pagi,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast