NEW YORK – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese menyelar negara yang menggantung pembiayaan untuk agensi pelarian di Palestin hanya kerana dakwaan dibuat Israel.
Albanese berkata, tindakan menarik pembiayaan kepada Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA) melanggar kewajipan di bawah Konvensyen Genosid.
Beliau berkata, tindakan negara-negara terbabit merupakan satu bentuk hukuman ke atas keseluruhan rakyat Palestin di Gaza.
“Sehari selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) menyimpulkan bahawa Israel secara munasabah melakukan Genosid di Gaza, beberapa negara memutuskan untuk menafikan dana agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA,).
“Secara kolektif menghukum berjuta-juta rakyat Palestin pada masa paling kritikal, dan kemungkinan besar melanggar hak mereka kewajipan di bawah Konvensyen Genocide,” tulis Albanese di platfrom X.
Amerika Syarikat terlebih dahulu mengumumkan untuk menghentikan pembiayaan kepada UNRWA selepas Israel mendakwa agensi itu telah menamatkan kontrak dengan beberapa kakitangan kerana dakwaan mereka terlibat dalam serangan itu.
Sembilan negara kemudian mengikuti tindakan yang dibuat oleh Amerika Syarikat iaitu Australia, Kanada, Finland, Jerman, Itali, Belanda Switzerland, United Kingdom dan Scotland.
UNRWA dilaporkan berkata, 2 juta nyawa di Gaza bergantung kepada sumbangan daripada negara luar dengan kebuluran menjadi ancaman utama.
Dalam satu kenyataan di media sosial, agensi itu melahirkan kebimbangan beberapa negara pembiaya akan menarik balik atau menyemak sumbangan kepada UNRWA
ICJ pada Jumaat yang mengarahkan Tel Aviv untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Bagaimanapun Israel meneruskan serangannya terhadap Gaza dengan sekurang-kurangnya 26,257 rakyat Palestin telah terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 64,797 cedera sejak 7 Oktober.-Agensi
Dan negara2 Arab yg kaya raya masih menyalurkan keuntungan kepada Barat? Dan negara2 Arab yg kaya tidak menyumbanng kpd UNRWA?