Dari kiri William Jerome Rivers,, Kennedy Ladon Sanders, dan Breonna Alexsondria Moffett.

PENTAGON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan nama tiga tentera yang terbunuh oleh serangan dron di Jordan pada hari Ahad.

Sarjan William Jerome Rivers, 46, pakar tentera Kennedy Ladon Sanders, 24 dan Breonna Alexsondria Moffett, 23, terbunuh apabila dron membedil unit perumahan mereka.

AS telah menyalahkan kumpulan yang disokong Iran atas serangan itu dan Pentagon mendakwa serangan itu oleh Hezbollah.

Pentagon juga menegaskan AS tidak mahu perang dengan Iran.

“Kami tidak mencari perang, tetapi kami akan mengambil tindakan, dan bertindak balas terhadap serangan ke atas pasukan kami,” kata jurucakap Pentagon, Sabrina Singh.

CBS New memtik kenyataan pegawai tentara AS yang berkata, dron yang digunakan dalam serangan itu nampaknya buatan Iran, jenis dron ‘Shahed’ yang merupakan dron serangan sehala Iran yang disediakan kepada Rusia.

Iran telah menafikan tuduhan AS dan British bahawa ia menyokong kumpulan Hezbollah yang didakwa terlibat dalam serangan itu.

Pentagon berkata, tiga askar yang terbunuh pada pagi Ahad adalah dari unit simpanan tentera yang berpangkalan di Fort Moore, di negeri Georgia.

Serangan dron itu berlaku di Rukban, timur laut Jordan, berhampiran sempadan Syria.

Pangkalan itu kemudiannya dinamakan oleh pegawai AS sebagai Menara 22. – MalaysiaGazette