Antara suspek yang ditahan selepas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas dadah jenis syabu dengan nilai anggaran 1.32 juta yang berjaya dirampas ketika di bu Pejabat Maritim Negeri Selangor, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2024.

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah disyaki syabu seberat 40.37 kilogram bernilai RM1.37 juta di jeti nelayan Sekinchan pada 30 Januari lalu.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, ia ditemui hasil pemeriksaan, dua guni ditemui dan disimpan di dalam petak simpanan ikan atas bot nelayan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh menunjukkan bot nelayan yang dirampas selepas berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dengan nilai anggaran 1.32 juta ketika di bu Pejabat Maritim Negeri Selangor, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2024.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua guni tersebut berisi 38 bungkusan teh cina berjenama guangyinwang yang disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah keseluruhan dadah tersebut dianggarkan bernilai 1.32 juta,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat APMM Selangor di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah berbahaya 1952 di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Abdul Muhaimin, ketika operasi dijalankan jam 8.30 malam itu, tiga lelaki telah terjun ke dalam air dan meloloskan diri.

“Seorang lelaki warga Indonesia berumur 44 tahun berjaya ditahan dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah apabila diminta.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh menunjukkan dadah jenis syabu dengan nilai anggaran 1.32 juta yang berjaya dirampas ketika di bu Pejabat Maritim Negeri Selangor, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2024.

“Warga asing, bot dan dua guni tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette