Tangkap layar dari video tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka membuang air kecil di longkang berhampiran premisnya bekerja di Melaka.

MELAKA – Seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini dilihat membuang air kecil di  longkang kawasan terbuka berhampiran premisnya bekerja.

Tindakan menjiikkan itu sempat dirakamkan seorang individu sebelum video berdurasi 21 saat itu dan tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan video, lelaki terbabit yang masih memakai apron dilihat sedang berdiri mengadap sebatang longkang sambil memerhatikan keadaan sekeliling di belakang sebuah bangunan.

Individu yang memakai penutup kepala itu kemudian membuka zip seluar dan membuang air kecil ke dalam longkang sebelum beredar tanpa membersihkan tangannya.

Rakaman berakhir di situ namun berdasarkan pemerhatian wartawan MalaysiaGazette mendapati, lokasi longkang terbabit terletak di belakang restoran berkenaan.

Untuk rekod, restoran berkenan terletak di bahu jalan berkenaan yang menempatkan beberapa premis makanan namun tidak dilengkapi kemudahan tandas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast