Keadaan terkini influencer Boss Mario yang disangka hilang sejak Jumaat lalu, dalam wad sebuah hospital swasta di Melaka Raya, petang tadi.

MELAKA – ‘Influencer’ Boss Mario yang disangka hilang sejak Jumaat lalu, rupanya selamat dalam wad sebuah hospital swasta di Melaka Raya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemuda berkenaan, Yew Boon Xiang, 30, ke pusat perubatan itu menggunakan perkhidmatan e-hailing yang disedari abangnya, Yew Boon Teck, 31.

“Abangnya mengesan akaun e-hailing adiknya ada membuat tempahan ke hospital swasta itu dan segera menghubungi mereka yang mengesahkan adiknya dimasukkan ke wad.

“Siasatan mendapati Boon Xiang mengaku menghilangkan diri sejak Jumaat lalu kerana tertekan untuk menguruskan dua kedai telefon bimbitnya dan mahu beri bonus kepada 22 pekerjanya.

“Dia juga mengaku tinggal di rumah kosong terbiar di Klebang sejak dua hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Keadaan terkini ‘influencer’ Boss Mario yang disangka hilang sejak Jumaat lalu, dalam wad sebuah hospital swasta di Melaka Raya, petang tadi.

Menurutnya, setakat ini keadaan peniaga kedai telefon bimbit itu dilaporkan stabil dan hanya perlu dimasukkan air ke dalam badan selain tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan polis menerima laporan kehilangan Mario di Pantai Klebang, di sini, selepas keluar dari rumahnya di Semabok, kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu.

Christopher dilaporkan berkata, kereta Mario jenis Honda City ditemukan kira-kira pukul 6 petang hari sama diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast