Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada perjumpaan bulanan bulan Februari 2024 bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 05 FEBRUARI 2024.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan UMNO pernah memberi kata dua kepadanya berkait isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Namun beliau mengakui parti itu mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan dengan hujah tersendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan proses Perlembagaan yang perlu dihormati.

“Tiada ugutan…Zahid (Hamidi) Presiden UMNO ada di sini. Dia tak pernah bagi kata dua pada saya tapi ada hak dia atau partinya memohon PM dan Lembaga Pengampunan memberi pertimbangan dengan alasan-alasan mereka…

“Saya tidak mahu nafi, sama ada saya suka atau tidak suka rakan politik atau musuh politik…prinsip keadilan ini dan prosesnya harus kita hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil pendirian untuk meneruskan usaha bagi mendapatkan pembelaan terhadap Najib.

Perkara itu diputuskan kepimpinan parti itu menerusi mensyuarat yang dipengerusikan Ahmad Zahid.

MKT berkata, UMNO menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lembaga Pengampunan sebelum ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman Najib sebanyak 50 peratus yang mana beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Pada 8 Disember 2021, Najib gagal dalam cubaan untuk melepaskan diri daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Anwar telah berusaha bersungguh-sungguh dalam Lembaga Pengampunan rupanya Zahid Hamidi sanggup berkorban menumpahkan darahnya membela penjenayah untuk diampunkan YDPA setelah keputusan.
    Anwar jelas kata Zahid Hamidi disebelahnya tidak pernah memberi sepatahdua kata untuk memperingatkannya. Maka ahli UMNO dan keluarga Najib perlu ingat PERJUANGAN ZAHID HAMIDI bahawa parti adalah diutamakan daripada individu. Jelas ZAHID adalah paling tegas daripada Mahathir.

Comments are closed.