Foto Instasgram Saharul Ridzuan.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Saharul Ridzwan kini merancang untuk menjual sebuah kediaman miliknya pula di Cyberjaya selepas berjaya menjual kereta jenama mewah Mercedez Benz.

Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata, ini kerana dia berasa bimbang apabila memikirkan kediaman tersebut disebabkan ia dibiayai oleh pinjaman konvensional dari bank yang melibatkan unsur riba.

“Doakan, proses seterusnya dipermudahkan Allah. Belum selesai semua lagi, bila dah tukar nama baru selesai. Alhamdulillah.

“Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecik, tapi sangatlah bermakna bagi saya. Terima kasih buat anda yang tolong doakan. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan dibantu untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan.

“Lepas ni rumah pula. Yang ini sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan, sebab loan conventional. Doakan semoga dapat selesaikan. Amin Ya Allah,” tulisnya bersamai sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video itu juga, Saharul dilihat sedang mempersiapkan kereta mewahnya untuk diberikan kepada pemilik baharu.

Bapa kepada dua anak itu turut mengucapkan terima kasih buat semua yang sudah mendoakan urusannya dan berharap kereta tersebut dapat dijaga dengan baik.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doakan proses seterusnya dipermudahkan Allah. Belum selesai semua lagi, bila dah tukar nama baru selesai.

“Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan dibantu untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Saharul memberitahu, akibat termakan pujukan rakan selain mahu kelihatan hebat sebagai usahawan, kereta mewah yang dibeli pada 2018 sudah bertukar menjadi beban.

Saharul tanpa berselindung memberitahu ketika itu dia menyangka memandu kenderaan mewah dapat menjadi lambang kemegahan dan ternyata ia merupakan kesilapan besar.

Disebabkan kereta itu jarang digunakan, dia mahu menjual kereta tersebut pada harga RM84,000 bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Beli kereta mewah nampak gah tetapi kini jadi beban – Saharul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast