Tertuduh direman tujuh hari oleh Makhamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas disyaki merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak 5 Februari lalu.

MELAKA – Seorang buruh direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki merogol anak kandungnya berusia 16 tahun sehingga bersalin, Isnin lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membolehkan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau ditahan di tepi Jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pukul 12 tengah hari semalam

“Perbuatan suspek terbongkar apabila mangsa berusia 16 tahun membuat pemeriksaan di klinik pada Oktober tahun lalu.

“Sebelum itu, mangsa mengadu sakit perut dan dirujuk di ke Hospital Melaka sebelum doktor mengesahkannya mengandung hampir lima bulan.

“Ibu mangsa kemudian memaklumkan hendak membuka buku rekod kehamilan, namun doktor dimaklumkan mangsa telah dirogol bapa kandungnya sejak berusia 14 tahun sebelum membuat report polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, siasatan mendapati mangsa mendakwa telah menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya itu sejak 2023 sebelum melahirkan seorang anak lelaki kira-kira pukul 1 tengah hari di Hospital Melaka, Isnin lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast