Mohd. Azrai Khor Abdullah berjaya membawa Kedah muncul juara 'double treble' pada 2007 dan 2008.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok hari ini.

Beliau yang menyifatkan allahyarham sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih disegani berkata, sudah pastinya jasa dan sumbangan kepada dunia bola sepak negara akan dikenang.

Terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.

“Moga keluarga allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini.

“Dititipkan doa agar Allah menempatkan allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan terbaharunya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Allahyarham yang nama asalnya Khor Sek Leng merupakan bekas pemain Kedah era 1970-an dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast