Imran Gulcharan Abdullah

BENTONG – Menjelang cuti Tahun Baru Cina ini sekurang-kurangnya 1,054,000 buah kenderaan akan melalui di Lebuh Raya KL-Karak (KLK) manakala bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) adalah sebanyak 423,000 buah kenderaan dalam tempoh enam hari.

Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah jumlah trafik ke Pantai Timur dijangka akan mengalami peningkatan bermula dari petang h ini sehingga Sabtu ini.

Tambahnya, kesesakan trafik menghala ke Barat pula dijangka berlaku pada 12 hingga 13 Februari ini.

Justerus ANIH Berhad menyiarkan cadangan Jadual Waktu Perjalanan (TTA) untuk rujukan dan panduan semua pengguna Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

”TTA ini disediakan bagi membantu mengurangkan kesesakan lebuhraya dan panduan merancang perjalanan dengan lebih efisien dan selesa bermula pada hari ini sehingga 13 Februari ini.

”Hal ini merujuk kepada peningkatan sebanyak 75% kenderaan yang melalui KLK dan peningkatan 57% kenderaan di LPT1 sepanjang tempoh tersebut berbanding purata trafik harian.

“Bagi menghadapi peningkatan trafik dan memastikan kelancaran lalulintas di sepanjang lebuhraya KLK dan LPT1, ANIH Berhad telah membuat persediaan yang memberikan tumpuan khusus kepada Operasi Tol, Pengurusan Trafik dan Rondaan Lebuhraya serta Pengurusan Fasiliti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, ANIH Berhad telah mengambil langkah proaktif dengan membuat penambahan petugas sebanyak 20 peratus yang meliputi pasukan petugas LPT Ronda dan kawalan trafik untuk tujuan rondaan, kawalan serta bantuan.

Selain itu, seramai 156 anggota RELA turut ditempatkan bagi mengurus serta mengawal aliran trafik di plaza tol, hentian rehat dan hentian sebelah yang turut dijangka sesak.

“Kemeriahan perayaan ini lebih berganda apabila ada cuti gantian yang secara tidak langsung ramai yang akan mengambil peluang memanfaatkannya,” tambah Imran.

TTA yang disediakan boleh dirujuk di media sosial rasmi kami untuk dijadikan sebagai panduan apabila membuat perancangan perjalanan.

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, boleh ikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook @Lebuhraya Pantai Timur dan X (Twitter) @LPTTrafik serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) @llmtrafik.

Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau talian LLM di 1800-88-7752. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast