BANGKOK – Taikun insurans Thailand, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai Madame Pang dipilih sebagai Presiden ke-18 Persatuan Bolasepak Thailand selepas memenangi pemilihan yang diadakan pada Khamis, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Beliau merupakan presiden wanita pertama mendapat jumlah undian tertinggi iaitu 68 daripada 73 undi atau kira-kira 93 peratus, tertinggi dalam sejarah.
Seramai empat calon lain turut merebut jawatan itu iaitu Warong Tiewtat, Payurin Ngampring, Thanasak Suraprasert dan Komkrit Napalai.
Nualphan, satu-satunya calon wanita, dijangka menggantikan Jeneral Somyot Phumphanmuang yang menerajui badan induk itu selama dua penggal. – BERNAMA-TNA