KUALA LUMPUR – Bekas pemain tengah Manchester United dan England, Jesse Lingard mahu ‘menikmati permainan bola sepak semula’ selepas menandatangani kontrak bersama kelab Korea Selatan, FC Seoul hari ini.
Pemain berusia 31 tahun itu tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan Nottingham Forest selepas kontraknya berakhir pada musim panas lalu.
Lingard yang menghabiskan 22 tahun di United sebelum meninggalkan Old Trafford pada 2022 memberitahu, menyertai Seoul adalah cabaran baharu dan bersedia untuk menghadapinya.
Dia mengakui mendapat ‘beberapa tawaran’, namun semuanya secara lisan dan menyertai Seoul kerana mereka komited untuk menandatanganinya.
Lingard hanya bermain 20 kali dalam semua pertandingan bersama Forest dan hanya beraksi empat kali pada 2023. – Agensi